>

Friday, August 28, 2009

Selamat Mennyambut Hari Kemerdekaan

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52 untuk seluruh rakyat Malaysia. Selamat bercuti semua.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Nakal Nakal & Nakal


Ini bukan mangsa pertama mercun di bulan Ramadhan. Ini adalah hasil kenakalan diri sendiri. Terkena agar-agar panas. Agar2 tersebut diletakkan di atas meja. Tapi dia berusaha sedaya upaya mencapainya walaupun dia tau sukar bg nya untuk mencapai agar2 tersebut. Tetapi disebabkan kuasa extra di dalam badannya, dapat dicuit sedikit mangkuk yang berisi agar2 panas itu dengan jarinya menyebabkan mangkuk itu terbalik dan agar2 meleleh di atas meja dan jatuh di atas badannya yang kebetulan ketika itu tidak memakai baju. Pening kepala sy dengan perangai dia skarang ni. Terlebey manja sudah. Namun x serik2 bile kena benda panas. Masih suke bermain di dapor. Nampak gayanya lepas ni kena pagar jgk la dapor tu. Buat masa ni, hanya tangga je berpagar. Maklum la rumah kat Putrajaya ni semua x berpagar. Kat luar x berpagar, kat dalam kena la pagar sendiri, kalo tak, benda yg sama akan berulang.

Kadang2 kite dh jaga dengan penuh perhatian pon kecuaian tetap akan berlaku. Harap jangan salahkan sy ye. Malang tidak berbau. Berhati2 di dalam rumah sekiranya ada anak kecil.

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak

Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan aka bulan puasa kepada semua umat Islam. Marilah kite bersama-sama menjalani ibadah puasa dan meningkatkan pahala di bulan yang mulia ini.

Ikhlas dari Sal & Family

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Wednesday, August 19, 2009

Upin & Ipin di Presint 14C2

Sebenarnya minggu lepas kawasan kejiranan sy telah mengadakan Majlis Pelancaran Kawasan Rukun Tetangga (KRT). Majlis ini bermula seawal jam 7.30 pagi dan tamat jam 12.30. Kami hanya sempat join sehingga jam 10 pagi je. Sebabnya nak pegi amek kunci rumah. Pejabat tutup kul 12.30. So sempat la ktorg brekpes, tgk pertandingan mewarna dan mengunjungi gerai jualan dan pameran yang dibuka. Dan yang paling seronok, budak-budak la. Semangat diorang tunggu Upin & Upin. Dalam kul 9 lebey keluar la Upin & Upin. Terus diorang serbu. Mak ngan bapak budak pon serbu.

KRT di kejiran sy ni diwujudkan selepas beberapa buah rumah dipecah masuk oleh pencuri. Untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku, diorang pakat2 tubuhkan KRT untuk menjaga keselamatan. Sekarang ni jadual rondaan dikeluarkan utk penghuni disini. Setiap rumah ade hari rondaan masing2. Dan rondaan bebas boleh dilalukan pada hari Jumaat dan Sabtu. Setakat ni EnHubby baru je sekali turun buat rondaan. Dah tido x de la plak terjaga nak bangun pegi buat rondaan. Ermm, harap2 diorang ni bekerjasama la bile ditugaskan utk rondaan. Untuk keselamatan semua penghuni. Takot bile dengar ade pencuri.

Berikut gambar di sekitar tempat kejadian, rugi, Adib x de masa tu, dia balik kampung, kalo dia ade mesti dia seronok jumpa Upin & Ipin tu.

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Monday, August 17, 2009

Syasya dan Ayah

Ramai orang kata Syasya ni ikot muke ayah dia. Betul ke? Saya pon x pasti. Maybe byk ikot gen ayah dia kot. Ni je gambar ayah dia yg sy jumpa dari facebook. Masa tu dia sekolah rendah.





Apa coment anda selepas melihat gambar ni? Bape percent ikot muke ayah dia? Sy rasa tang pipi ngan kening kot yg sama.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Thursday, August 6, 2009

Weekend @Cameron Highlands

Minggu lepas kami bercuti-cuti Malaysia ke Cameron Higlands. Tempat yang sejuk memang sesuai untuk bercuti. Maklum la sekarang musim panas and H1N1 semakin menular ke serata tempat. Boleh la melarikan diri dari tempat sibuk walaupun sekejap. Percutian ini berlangsung selama 3 hari 2 malam. Apa apa pun memang seronok berada di sana. Banyak tempat untuk dilawati. Dan paling penting, makan pon best, hehe. Next percutian ? Maybe Pulau Redang / Pulau Perhentian, Tapi x tau bile. Teringin nak pegi sana. Ade rezeki insya'allah sampai la.

Ok layan gambar di bawah okey.




DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER