>

Friday, July 3, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in CAR SEAT Contest

Ini merupakan kali pertama sy join contest. Sebelum ni belum pernah sama sekali walaupon niat tu ada. So untuk kali pertama ni sy tak mengharapkan kemenangan, cuma nak memeriahkan contest ni. Tapi kalo menang alhamdulillah, rezeki.

Muhammad Adib bin Mohamad Roshidi - 04/04/2008

Belek punya belek, akhirnya jumpa jgk gambar Adib dalam car seat. Gambar ini diambil ketika Adib berumur 6 bulan lebeh, maknanya 7 bulan yg lalu. Diambil oleh sy sebelum menghantar anak ke rumah pengasuh. Belum sempat sy pakaikan tali keselamatan, sy snap-snap dl gambar, hehe.. sbb semasa drive mana leh tangkap gambar.

Car seat ini dibeli sebelum Adib lahir lagi. Memmang menjadi keperluan kami(sy dan suami) untuk menghantar anak ke rumah pengasuh kerana kedua-dua kami bekerja. So, setiap hari bekerja sy akan menghantar anak ke rumah pengasuh dan meletakkan anak sy di dalam car seat dalam keadaan yang paling selamat dan selesa.

Pada pendapat sy. car seat memang menjadi satu keperluan yang sgt penting bagi ibu bapa yang bekerja. Anak perlu diletakkan dalam keadaan yang selamat dengan cara yg betul dan selesa bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini ketika ibu/bapa sedang memandu. Bak kata kempen keselamatan jalan raya, "Memandu dengan berhati-hati, Ingat la orang tersayang". Sapa lg kalo bukan anak yg disayangi.

Untuk melengkapkan contest, berikut adalah penganjur dan penaja contest:




Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment