>

Thursday, June 18, 2009

Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak pukul-pukulkan

Tajuk entry ini tiada kaitan dengan sy sebagai isteri yang jarang ditinggalkan melainkan enHubby ade keje di luar sana yang berkhidmat untuk kerajaan Malaysia. orang gomen la dia....
skang dia dh jarang outstation sbb sayang nak tinggalkan anak-anak. Teringat sy waktu masa sy tgh mengandung dl, sering ditinggalkan sorang2 kerana urusan keje. Hinggakan sy dh sarat 9 bulan pon kena outstation jgk, kesian kan sy. Nasib la sy ni jenis yg berdikari, hehe puji diri sendiri. Ye la sarat mengandung, duduk sorang2, drive ke tempat keje kat kl sorang2, kete manual plak tu, bengkak kaki tekan clucth(betul ke eja ni?...), dengan jam lg. huhu. Oh ye, td baru enHubby bg tau dia kena ke sarawak pada 5,6 dan 7 julai ni. Ape? 7 julai? Our 2nd anniversary....nak hadiah percutian boleh? hehe.

Oooo melalut plak. 'sayangkan anak pukul-pukulkan'. Untuk part ni sy x de la pukul anak sy, pukul2 sayang ade la. Skrg Adib dah 14 bulan lebey, and syasya 3 bulan lebey. Di kala ini mereka tiada bersama sy. Mereka masih di kampung dan akan pulang minggu depan (uh lama lg, waaa). Rindunya kat mereka ni, Sunyi rumah kalo diorang x de. Nak buat cm ne lg, sbb nenek diorang yang jaga and skrg ada di kampung untuk 'jenguk' rumah. Kalo nenek mereka balik, so diorang kena la ikot skali sbb sejak ade anak 2 ni, mak sy jaga sampai ujung taun ni. Kira tunggu syasya besar sket.

Emm ape diorang tgh buat kat kampung ye, meh kite jengah, hehe...




oooo Adib tgh mandi ngan atuk ye dalam besen merah , bawah pokok duku. Gambar ini dikirim oleh Mak Uda mereka.

"syasya pon nak melaram jgk ibu...." agaknya ini yang bermain dalam pikiran syasya masa tuh, heheh

gaya posing yang wajib setiap kali amek gambar. gigi still 8 batang.
30 june ni ke klinik lg, chek berat badan. ade peningkatan x agaknya? tiap2 bulan kena bawak dia ke klinik, berat badan tidak memuaskan. X tau mcm mana nak buat lg, makan kurang main banyak.


"Am i seksi?" wah cukup seksi dengan botol susu tu Adib.


Thanks to Mak Uda n Mak Ngah yang mengepos gambar-gambar ni. Uhu cepat la pulang anak-anakku. Ibu dan ayah merindui kalian.

Klik DISINI untuk ORDER

3 comments:

  1. syg isteri tinggal2kan..-dah saaaangat biase ngan keadaan nih.kira dh lali lah..heheheh..

    syg anak tgn2kan-huhu..blum lg.. stakat ni mak dia jd singa lapar jek time marah.mengaummmm...hahhahahha

    ReplyDelete
  2. time sy keja dgn swasta dl sy yg byk tinggalkan incik hubby hehe

    ReplyDelete
  3. tu syg laki, hehe. keje keras utk membina keluarga.

    ReplyDelete