>

Friday, April 3, 2009

1 tahun sudah

Wah cepatnya masa berlalu. Tup tup dah setaun dah. Apa yg setaun?

Hehe, Adib skang dh setaun dah. Kejap je masa berlalu. Rasanya baru semalam (ayat besa yg diguna pakai org) bersalin kan Adib. Teringat lagi saat-saat indah melahirkan Adib. Dan dalam masa setaun ni juga sy berjaya menambah seorang lagi anak, baby girl plak. Hehe kawan-kawan sy ckp, "mantapnya". Hehe rezeki, sape nak tolak kan. Alhamdulillah.

Mengimbau kembali setaun yg lepas, (nk cite pengalaman bersalin ni, hehe)...

31/3/2008: Saya dh start cuti, ari Isnin. Sbb due saya 4/4 jumaat. Disebabkan x larat nak keje n drive, sy amek cuti awal, rehat2 kat umah menunggu masa je. Siang tu lepak2 kat umah je. Malam time nk bangun untuk solat Maghrib tetiba terasa ade sesuatu kuar dr tutt, hehe. P chek kat toilet, alamak, ade kuar lendir n darah la. So bg tau EnHubby(EH). Bley plak dia tya 'Abis tu nak buat ape?'. Sy pon bg tau la 'ni tanda2 awal nk bersalin ni, kena p hospital chek cm ne'. So lepas ktorng makan malam (sempat lg tu makan, ye la mana tau kan nk bersalin malam tu x de tenaga plak) kami pon p la hospital serdang. Sampai sana register, pastu buat ctg, pastu chek jalan. So dr suh balik, x de tanda2 sy akan bersalin lg, jalan x bukak lg. Kami pon balik rumah n tido.

1/4/2008: Hari Selasa. Saya rehat2 kat umah dengan aktiviti menonton tv sepanjang hari. lendir dan darah ade kuar sket.

2/4/2008: Hari Rabu. Sama cm semalam. So ckp kat EH esok nk g klinik sbb lendir n darah still kuar.

3/4/2008: Hari Khamis. Sy ngan EH pegi la ke klinik kesihatan BBB, tempat sy chekup tiap2 bln. Sampai je klinik tu sy amek no giliran n letak buku dalam bekas yg disediakan. Tiba2 nama sy dipanggil.

Nurse : kenapa dtg?
Sy: ade kuar darah n lendir.
Nurse: ni kena p hospital, awak dh ada tanda2 bersalin tu.
Sy: dah pegi ari isnin malam, tp diorang suh balik umah.
Nurse: awak pegi hospital mana?
Sy: hospital serdang.
Nurse: awak pegi hospital kajang plak. Hospital serdang memang cm tu. Selagi x terbarai nak beranak diorang x amek. Diorang ni suka tendang2 org ni. Awak pegi chek kat hospital kajang plak.
Sy: ok.

Sy dan EH pon pegi la hospital kajang. Buat ctg n chek jalan. Dr ckp sy kena masuk wad. Sy ckp dr tu, 'kena duk wad ke? x leh balik rehat kat umah ke?'. Dr ckp x boleh, sbb jalan dh bukak 1cm lebey. So terpaksa duk wad malam tu. Ni 1st time sy duk wad, seumur hidup x pernah, hehe. Bosan duk kat wad sbb x buat pape, lg pon x rasa sakit pape time tu. Sy duk bilik 1st class, 2 org. So teman sy tido malam tu adalah wanita india, dia mengandung anak ke dua. Dia demam, sbb tu kena tahan kat wad. Malam tu sy tido awal, kul 10 dh tido. Kul 12 terjaga, rasa nk kencing. Lepas kencing baring kat katil. Pastu start rasa sakit. Mula2 sakit sket2 je. Tapi dh x blh tido dh time tu. Sampai la kul 4 pg, rasa sakit makin kerap, 10 minit skali. Pastu panggil nurse ckp sakit, dia pon chek jalan, baru 2 cm lebey. So sampai la pg rasa sakit n x bley tido malam tu.

4/4/2008: Hari Jumaat. Pagi tu saya brekpes ngan mee goreng. Pastu sy mandi. Time mandi tu ade rasa pelik kat badan ni, tgk kat lengan ade biji2. Kat badan pon ade jgk. Lebey kurang kul 9 lebey, nurse dtg chek besa, tya psal gerak anak, n remind sy jgn lupa tanda carta gerak anak. Pastu sy ckp kat nurse tu, 'nurse, lengan sy ade naik biji2 la, kenapa ye?'. Pastu nurse tu pon tgk la biji2 kat lengan sy n ckp 'eh ni cm chicken pox je', nanti sy bg ubat'. Ha, chichenpox plak. Pastu dr plak dtg chek, nk konpem kan penyakit sy tu, sah chikenpox n nurse pon bg ubat. Time tu sy x rasa apa2, x de rasa demam plak.
Tengah hari rasa sakit semakin kerap. Dah start rasa 5 minit skali. Time makan tengahari tu rasa sakit, x leh nk duduk, gelisah je. Makan pon sambil berdiri, sbb kalo duduk lg sakit. Lepas makan tengah hari sy panggil nurse, ckp sakit makin kerap, dlm 10 minit tu 3 kali rasa sakit. Nurse pon chek jalan, dh 3 cm, dia bg ubat berak. Dia suh siap2 nk g labour room (LR), salin baju n bawak bj n keperluan baby. Pastu dia bg ubat demam plak, sbb suhu badan naik, sy demam. Sebelum masuk LR sy sms EH ckp nk masuk LR.
Dalam kul 3ptg sy masuk LR sambil duk tahan sakit. Diorang buat ctg, chek jalan ngan pecahkan ketuban. pastu tinggalkan sy ngan sorang budak praktikal. Sakit makin lama makin kuat. Dah x tahan rasanya. Dalam hati cepat la beranak. Sy plak waktu tu menggigil kesejukan, sy suh diorang padamkan kipas, maklumla hospital lama, mana ade aircond dlm LR. Sekali lg sy diberi makan ubt demam, masa tu lebey kurang kul 5 lebey kot.
Kul 7 sy dh x tahan sakit, panggil nurse, dia chek br 4 cm. Pastu diorang induce. Lepas induce sakit makin kuat, diorang chek br 5 cm. Ya Allah lambatnya... sy rasa cm nak teberak. Diorang suh tahan jgn teran, nanti bengkak katanya. Sy ckp sy x teran tp duk tahan la ni. (tahan mcm tahan dr nk berak tu.
Kul 9 budak praktikal tu dh balik, so tinggal la sy sorang je kat dlm LR tu duk tahan sakit sorang2. Sakit makin kuat, rasa dh nak terkeluar kepala baby. Sy panggil nurse n dr dia buat x layan je, sabar je la dlm hati. Sakit hati kat diorang membuak2 time ni, sbb sy panggil diorang x layan. Sy dengar diorang ckp, br 5cm, lambat lg tu. Sebenarnya malam tu x ramai staf, yg sy tau ade sorang je dr, nurse pon sorang jgk. So diorang settlekan patient yg lain dl. Lepas diorang settle kan sorang patient ni, diorang pon dtg kat sy n check jalan, diorang ckp dh bukak penuh dh. Pastu baru la diorang ni kecoh2 nk sediakan peralatan sume, salin alas la... eee geram betul time ni. Lepas tu sy dicucuk n barulah disuruh teran, padahal dr td lg rasa nk teran je. Lepas 3 4 kali teran kuar la kepala baby. And sebelum kepala baby kuar diorang ade gunting, rasa pedih2 sket. Lepas je kepala baby kuar, leganya, hilang sume rasa sakit. Pastu dengarla suara baby menangis. N diorang tunjuk jantina n suh bg tau jantina. Aku pon ckp la boy, alhamdulillah. Lepas tu diorang bersihkan baby n buat ape yg patot. Diorang langsung x bg aku pegang n tgk muka baby, takot berjangkit. Baby dimasukkan ke wad baby dan diasingkan. Hanya EH je yg dibenarkan masuk melawat. So lepas tu proses jahit menjahit dijalankan. Byk ler jahitannya.
Kul 12 sy disorong dengan kerusi roda masuk ke wad, time ni EH dh tunggu kat luar. EH ckp dia dh azankan anak. Alhamdulillah. So malam tu sy sensorang la kat dlm wad. Tapi x leh tido pon walaupon letih sgt2.

5/4/2008: Sy dibenarkan pulang ke rumah. Tapi anak x leh balik lg. So sy ngan EH je balik. Sampai la hari ke-6 baru la sy dapat tgk wajah dan pegang anak sy tu, Muhammad Adib namanya.

Genap la setahun umurnya hari ni. Happy besday my son. Semoga menjadi anak yg soleh dan berguna. Tiada apa yg dpt kami hadiahkan selain kasih sayang dan doa dr kami. Insya'allah kami akan berikan yang terbaik untuk Muhammad Adib, x lupa juga untuk our new baby, Syasya Qasrina yang umurnya 39 hari pada hari ini. Jadilah anak yang terbaik. We love u both very very much, mmmuah dr ibu dan ayah.

Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment