>

Wednesday, March 25, 2009

1 Bulan Berlalu...

Hari ni genap umur Syasya 1 bulan. Tapi kalo ikotkan hari baru 29 hari. Tapi disebabkan Syasya ni lahir bln Februari yang mana bulan tu ade 28 hari je, so terkurang la 1 hari kan. Walaupon belum habis pantang tapi kami sebenarnya dh kuar umah n jalan2 n shopping kat tesco n jusco. hehe maklum la zaman dh moden skang ni, pantang larang senang je nak dilanggar. Esok nak kena bawak Syasya ke klinik utk suntikan dan pemeriksaan. Alhamdulillah setakat ni Syasya x de masalah kesihatan. Harap2 mcm ni juga pada masa akan datang.




Dah sebulan berlalu dan maksudnya sudah 2 minggu kami tidak melihat Adib. Arghh rindunya kat dia. Adib terpaksa ditinggal kan di kg kedah untuk sementara waktu. 4/4 ni genap la umur Adib 1 tahun. Sorry ye Adib, ibu ngan ayah x dapat balik untuk sambut 1st besday Adib. Tapi x pe, pertengahan bulan 4 kite sambut ye. Kami bawak Adib jalan-jalan kat langkawi k. So nk lebey seronok, Adib cepat la blaja berjalan ye, jgn takot2, kalo jatuh bgn la, usaha lg, hehe.

Dan tahun 2009 ni adalah tahun yang paling mencabar buat aku sebagai seorang ibu. Tahun ni aku kena menjaga 2 org anak yg beza umurnya 10 bulan lebey. Yang sulong x dpt berjalan lg, yang kecik ni pon kena diberi perhatian lebey. So sgt2 mencabar. Kalau anak kembar rasanya lg senang, sebab sama2 membesar. Yang sulong tengah lasak lak sekarang. Tapi alhamdulillah, perangainya sangat baik. Senang dijaga. Sebab tu dia x kesah ditinggalkan di kg. Agaknya dia rindukan ibu ngan ayah dia x? hehe rasanya ntah la.... Adib ni jenis yg x kesah duk ngan sape pon, jenis yg x manja n x takotkan org. Kami mmg asuh dia utk tidak manja dan pandai berdikari.

Semoga anak2 ibu menjadi anak yg berguna utk agama,keluarga, bangsa dan negara.

Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment