>

Thursday, October 23, 2008

Sup Ayam

Pagi tadi masa suami tercinta bersiap-siap nak pegi keje sempat lagi dia bagitau malam nanti nak makan nasi ngan sup ayam. Huhu malam ni nak makan, awal-awal pagi dah bagi menu kat isteri tercinta ni. Apa nasib, kena la masak jugak kan. Ni mesti sbb semalam isteri tercinta dia yang sorang ni malas masak. Hehe. Nak balas dendam la ye ari ni. Semalam dia yang masak. Menu ikan goreng, sayur bayam ngan budu. Sedap tau suami tercinta saya ni masak.

Hehe untuk ari ni saya la plak yang kena masak. Setakat sup ayam senang je yang oii. Hehe, tapi ape-ape pon saya ni mmg suke baca resepi kat internet. Ni ade menu sup ayam ala-ala mamak yang sy baca dr fotopages hanieliza :: http://hanieliza.fotopages.com/?entry=869903 :: So kalo suami tercinta terbaca blog ni, belajar-belajar la ye cara nak masak sup ayam ni, hehe senang nanti.

Bahan-bahan
1 ekor ayam
2 s/b minyak makan
3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
5 cawan air
1 baang serai [ketukkan]
garam
bawang goreng

bahan tumbuk
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam

bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buak pelaga

Cara
1. Ayam dibuangkan kulit dan potongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, ayam dan kacau rata.
4. Masukkan kentang, carrot, air, serai dan garam. Biarkan mendideh.
5. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
6. Tutup api dan angkat.
7. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

Ha dh siap, kan senang je masak sup ayam ni, cume jgn malas je, hehe.

Klik DISINI untuk ORDER

0 comments:

Post a Comment