>

Friday, October 24, 2008

6 Bulan 2 Minggu 6 Hari



Sedar tak sedar dah besar rupanya anak ibu ni ye. Ari ni genap 6 bulan 2 minggu 6 hari. Bakal mendapat adik dah Adib ni. Banyak perkembangan yang boleh dilihat. Makan pon dah makin banyak, cuma badan je x mau besar. Agaknya banyak main dan kurang tido Adib ni. Lasak sangat. Dia tido dalam 2-3 jam je pada waktu siang. Malam plak tido lambat. Pukul 11 baru nak tido. Tu pon paling awal tu.

Sekarang Adib tengah belajar untuk merangkak. Walaupon belum merangkak, habis 1 ruang tamu di 'explore' oleh adib ni. Menyusur sana sini. Kalo nk suh dia duk diam, letak je dlm walker. Tapi x duk diam jgk, melompat2 dia dalam walker. At least x de la dia nak merayap 1 ruang tamu tu.

Walau bagaimana lasak dan nakal nya adib ni, dia tetap menjadi penghibur kami sekeluarga. Dia la pengarang jantung hati kami. Hehe nanti dah ade adik, kena la pandai bagi kasih sayang yang adil dan saksama. Nanti Adib jangan buli adik tau. Jaga adik elok-elok. Jadilah seorang abang yang bertanggungjawab ye Adib, dengar nasihat ibu ni, hehe cm dalam citer dunia baru lak rasanya.

Hehe ok la lg 5 minit nak balik. dot dot dot. (tiru fazek)

Klik DISINI untuk ORDER

2 comments:

  1. wah! adib dah besar. nnt aunty fazek lawat lg ye bile adib dpt adik baru. hehe.

    ibu adib, sempat lg ye ko tiru "gaya penulisan" blog aku. wakakaka. (terasa cam gaya penulisan ukm lak. haha)

    ReplyDelete
  2. hehe dah lame x menulis. x tau dah gaye penulisan cm ne, haha

    ReplyDelete