>

Thursday, October 30, 2008

Tentang Saya

  • suke baca blog org, x de idea nk tulis blog sendiri(malas nk pikir nak tulis ape)
  • suka baca resepi, x suka masak(x reti masak)
  • suka makan, x suka masak(makan kat kedai, muahaha)
  • suka mengabiskan duit, x suka keje(ade x jawatan utk shopping ari2)
  • suka lepak umah, x suka kemas umah(penat la, duk rilek2 kan best)
  • suka basuh baju, x suka lipat n iron baju(bsuh senang guna machine, nk lipat ngan iron kena guna kudrat sendiri)
  • suka minum air manis, x suka minum air kosong(air manis ade perisa macam2)
  • suka time adib main, x suke time dia nk tido(susah btl nk tidokan dia)
  • suka bergossip, x suka digossip(ngumpat le tu)

nanti lain-lain akan diupdate, malas la nak pikir skang ni...
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Tuesday, October 28, 2008

Perkembangan Tahun Pertama Bayi

Di sini ada sedikit info mengenai Perkembangan Tahun Pertama Bayi yang diambil dari laman web ratuhati.com. Adib sekarang sudah menunjukkan ciri-ciri pada bulan ke-7 walaupon usia belum masuk 7 bulan.

Link http://ratuhati.com/index.php/Artikel/Bayi/Perkembangan-Tahun-Pertama-Bayi


Tahun pertama bayi adalah waktu yang sungguh istimewa, dari senyum pertamanya, perkataan pertamanya, makanan pertamanya, sehinggalah ke langkah pertamanya.

1 Bulan

• Membawa tangan ke arah mata dan mulut
• Menggeleng-gelengkan kepala apabila dibaringkan
• Mampu mengikut objek lebih kurang 6 inci dari muka
• Bertindakbalas terhadap ransangan dengan menangis, ketawa dan sebagainya
• Memandang ke muka anda

2 Bulan

• Tersenyum
• Menggemari objek yang pelbagai warna dan bentuk
• Tidur pada kebanyakan masa
• Gerakan tangan dan badan yang lebih lembut

3 Bulan

• Menutup dan membuka tangan
• Mencapai objek atau permainan
• Mengikut objek dari muka ke arah lain yang lebih jauh
• Mula membuat bunyi seakan bercakap
• Senyum mendengar suara ibubapa
• Khusyuk memandang muka

4 Bulan

• Boleh bermain seorang tanpa perlu ditemani sepanjang masa
• Boleh meniru seperti mengikut anda bercakap "Booo" atau "Baaa"
• Suka melihat warna yang terang
• Tidak berasa selesa dengan orang yang tidak dikenali

5 Bulan

• Kepala lebih tegap apabila duduk atau didirikan
• Mencapai objek
• Mengenali orang dari jauh
• Senyum secara spontan
• Menggolek-golekkan badan pada satu arah

6 Bulan

• Kawalan tangan dan badan yang lebih baik
• Menggolek-golekkan badan pada pelbagai arah
• Mula membuat bunyi seperti "ga", "ba" dan "ma"
• Anda dicadangkan mula membaca buku kepada bayi anda
• Mula makan makanan pelengkap. Kisar atau tapis halus.

7 Bulan

• Duduk tanpa sokongan
• Memindahkan objek dari tangan ke tangan
• Kenal nama sendiri
• Boleh bermain "baaa.. cakkk!!"
• Seronok bermain
• Bertindakbalas terhadap perkataan "tidak"

8 Bulan

• Duduk tanpa sokongan dengan lebih tegap
• Perkembangan emosi yang ketara, mungkin meniru ibu atau ayah seperti ketawa, senyum
• Ekplorasi objek dengan menggoncang, menjatuhkan, menghentak dan sebagainya
• Makanan bayi boleh dilenyek.

9 Bulan

• Menunjukkan rasa sedih, seperti sedih apabila permainannya diambil
• Merangkak
• Cuba untuk berdiri dengan memegang sesuatu atau seseorang
• Menyebut perkataan "mama" atau "baba"
• Cuba untuk mencapai permainan yang jauh

10 Bulan

• Merangkak dengan laju
• Jari lebih cekap, boleh memegang objek dengan baik
• Mula belajar memegang cawan
• Personaliti bayi mula kelihatan
• Mula faham perkataan dan ayat mudah
• Boleh mula makan kuning telur, yogurt, tomato
• Makanan boleh dicincang halus

11 Bulan

• Mula banyak bercakap walaupun perkataan yang disebutnya anda tidak faham
• Bermain secara parallel dengan bayi lain (bermain berdekatan tetapi bukan bersama-sama)
• Lebih berdikari, mula berdiri, menghentakkan kaki

12 Bulan

• Mula berdiri tanpa sokongan
• Berjalan selangkah dua
• Duduk daripada posisi meniarap
• Mula menyebut "mama" atau "baba" terhadap orang yang betul
• Minum menggunakan cawan
• Menepuk tangan
• Melambaikan tangan

Maklumat ini adalah panduan umum perkembangan bayi dan mungkin tidak sesuai untuk bayi anda. Sila rujuk pakar kanak-kanak atau jururawat untuk maklumat yang lebih khusus.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Aktiviti Malam

Malam-malam bukannya dia nak tido awal. Ni la keje dia pada waktu malam.
video
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Iklan Sunsilk

Ape kaitan iklan ni ngan aku? X de kena mengena langsung. Tapi bukan itu yang aku nak cite kan. Ni ha pasal hero aku ni, si Adib. Iklan Sunsilk dan Adib, x dapat dipisahkan. Dengar je muzik ilkan ni, cepat2 dia akan pusing tgk iklan tu. Tgh syok duk main ke, minum susu ke, dia akan pusing badan dia utk tgk iklan ni. Apa yang menarik sgt x tau la, maybe sbb ade 3 org model pompuan cun dlm iklan ni. Isyh isyh... gatal jgk hero aku yg sorang ni. Ni ayah dia la ni ajar. Hehe.
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Deepavali Day

Deepavali semalam kami sekeluarga x pegi memana, just duk umah je. Sbb ari sabtu dh pegi shopping kat Mydin Putrajaya ngan Jusco Equine Park. Ahad plak pegi shopping kat Giant ngan Tesco. So isnin, deepavali duk umah je la. x p memana. lepak kat umah, jahit baju, surf internet, masak, basuh baju, tgk tv bla bla. Yang ni aktiviti si ibu la. Yang si ayah plak, basuh kete ibu, baiki kete dia, p pasang lampu kete, tgk tv bla bla bla.

Dan di Adib ni plak, cm besa la, bgn tido, minum susu, mandi, makan nestum, main, tido. Nak tau ape yang adib buat semalam masa ayah duk repair kete dia n ibu tgh surf tenet? Ni ha dia buat...

Merangkak mencari lokasi bermain yang paling selesa dan sesuai...


Macam dah jumpa lokasi yang sesuai...


Apa lagi, diam-diam dia 'reverse'...


Bila ibu marah, pandai jek dia pura-pura lending kat situ cm x de pape berlaku...


Ha, bile ibu buat x tau pandai plak dia masuk bawah meja ni...


Adib, Adib, x de tempat lain ke nak main, bawah meja jugak jadi pilihan. Nak main sorok-sorok agaknya. X pon dah bosan sbb x de org nak main ngan dia, hehe. Apa-apa la Adib, janji Adib x buat perangai sudah.


DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Friday, October 24, 2008

6 Bulan 2 Minggu 6 Hari



Sedar tak sedar dah besar rupanya anak ibu ni ye. Ari ni genap 6 bulan 2 minggu 6 hari. Bakal mendapat adik dah Adib ni. Banyak perkembangan yang boleh dilihat. Makan pon dah makin banyak, cuma badan je x mau besar. Agaknya banyak main dan kurang tido Adib ni. Lasak sangat. Dia tido dalam 2-3 jam je pada waktu siang. Malam plak tido lambat. Pukul 11 baru nak tido. Tu pon paling awal tu.

Sekarang Adib tengah belajar untuk merangkak. Walaupon belum merangkak, habis 1 ruang tamu di 'explore' oleh adib ni. Menyusur sana sini. Kalo nk suh dia duk diam, letak je dlm walker. Tapi x duk diam jgk, melompat2 dia dalam walker. At least x de la dia nak merayap 1 ruang tamu tu.

Walau bagaimana lasak dan nakal nya adib ni, dia tetap menjadi penghibur kami sekeluarga. Dia la pengarang jantung hati kami. Hehe nanti dah ade adik, kena la pandai bagi kasih sayang yang adil dan saksama. Nanti Adib jangan buli adik tau. Jaga adik elok-elok. Jadilah seorang abang yang bertanggungjawab ye Adib, dengar nasihat ibu ni, hehe cm dalam citer dunia baru lak rasanya.

Hehe ok la lg 5 minit nak balik. dot dot dot. (tiru fazek)
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Bulan Syawal & Majlis Pertunangan & Majlis Perkahwinan

Kenapa ye Bulan Syawal ni ramai yang bertunang dan berkahwin eh? Mungkin sebab nak amek peluang/kesempatan sempena cuti panjang atau bulan yang mulia ni.








DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Thursday, October 23, 2008

Minat Baru

Skang aku ade satu minat baru plak, hehe. Nak tau? Edit gambar. Hehe bukan ape saje nk mengisi masa lapang (eh aku ni ade masa lapang ke?). Aku cube mengexplore Adobe Photoshop dengan bantuan forum-forum yang ade kat internet.

Ni hasil yang aku dapat, maklum la baru je nak blaja.


Sebelum & Selepas


Sebelum & Selepas



Sebelum & Selepas
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Sup Ayam

Pagi tadi masa suami tercinta bersiap-siap nak pegi keje sempat lagi dia bagitau malam nanti nak makan nasi ngan sup ayam. Huhu malam ni nak makan, awal-awal pagi dah bagi menu kat isteri tercinta ni. Apa nasib, kena la masak jugak kan. Ni mesti sbb semalam isteri tercinta dia yang sorang ni malas masak. Hehe. Nak balas dendam la ye ari ni. Semalam dia yang masak. Menu ikan goreng, sayur bayam ngan budu. Sedap tau suami tercinta saya ni masak.

Hehe untuk ari ni saya la plak yang kena masak. Setakat sup ayam senang je yang oii. Hehe, tapi ape-ape pon saya ni mmg suke baca resepi kat internet. Ni ade menu sup ayam ala-ala mamak yang sy baca dr fotopages hanieliza :: http://hanieliza.fotopages.com/?entry=869903 :: So kalo suami tercinta terbaca blog ni, belajar-belajar la ye cara nak masak sup ayam ni, hehe senang nanti.

Bahan-bahan
1 ekor ayam
2 s/b minyak makan
3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
5 cawan air
1 baang serai [ketukkan]
garam
bawang goreng

bahan tumbuk
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam

bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buak pelaga

Cara
1. Ayam dibuangkan kulit dan potongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, ayam dan kacau rata.
4. Masukkan kentang, carrot, air, serai dan garam. Biarkan mendideh.
5. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
6. Tutup api dan angkat.
7. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

Ha dh siap, kan senang je masak sup ayam ni, cume jgn malas je, hehe.

DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Monday, October 20, 2008

Muhammad Adib


Nama Penuh : Muhammad Adib Bin Mohamad Roshidi

Jantina : Lelaki

Tarikh Lahir : 04/04/2008

Masa Lahir : 09:37 pm

Tempat Lahir : Hospital Kajang

Berat Ketika Lahir : 2.8 kg
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Apa yang saya nantikan

Lilypie Expecting a baby Ticker

Daisypath Next Aniversary Ticker

Lilypie 1st Birthday Pic
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER

Keluarga Saya


Keluarga adalah asas kepada masyarakat dan merupakan unit terkecil dalam masyarakat. Keluarga terdiri daripada;

  • Keluarga Asas
  • Keluarga Luas
  • Keluarga Orientasi
  • Keluarga Prokreasi

Definisi keluarga dalam Islam adalah berbeza dengan definisi keluarga agama-agama lain. Di dalam Islam orang-orang yang termasuk dalam takrif keluarga adalah seperti yang terdapat dalam sistem Faraid. Cuma di sana ada keluarga yang hampir dan ada keluarga yang jauh. Oleh itu orang yang termasuk dalam keluarga ialah:
  • Suami isteri
  • Ayah,ibu, datuk,nenek dan seterusnya
  • Anak, cucu dan seterusnya
  • Adik beradik dan zuriatnya
  • Ayah saudara, ibu saudara dan zuriatnya
Di sini saya ingin memperkenalkan keluarga kecil saya iaitu;
  • saya , Salbiah bt Karim; sebagai isteri dan ibu
  • suami saya, Mohamad Roshidi bin Rozali; sebagai suami dan ayah
  • anak saya, Muhammad Adib bin Mohamad Roshidi; sebagai anak sulung kepada keluarga saya (insya'allah nanti akan diperkenalkan anak-anak yang lain pulak)
DETAIL ORDER

Klik DISINI untuk ORDER